LATAR BELAKANG

 

Pusat Sukan yang dilengkapi dengan kemudahan gimnasium merupakan pusat yang menyelaras program sukan bagi seluruh warga universiti. Ia turut menyediakan khidmat jurulatih untuk membantu perkembangan sukan dalam kalangan mahasiswa. Program sukan yang diwujudkan oleh pusat sukan ini tidak hanya bertujuan untuk mengasah bakat sukan bagi mewakili universiti dalam pertandingan pada peringkat negara dan antarabangsa, malahan dapat membina kemantapan serta semangat yakin diri mahasiswa dalam menempuh cabaran. Aktiviti sukan juga berjaya merapatkan hubungan seluruh warga universiti dengan masyarakat di luar universiti bagi memperkayakan nilai diri dan pengalaman kehidupan mahasiswa.

Kemaskini terakhir 12-03-2017 © Hakcipta 2016 Pusat Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris | Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan resolusi skrin 1920 x 1080