LATAR BELAKANG PUSAT SUKAN

Di awal penubuhan, Pusat Sukan dikenali sebagai Unit Sukan di Bawah Pusat Kokurikulum, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang diketuai oleh En MohamadSuhailyYusri bin Che Ngah pada tahun 1998 sehingga 2000. Kemudian En JasniLadin telah dilantik sebagai Penyelaras Kokurikulum dalam tempoh 2 tahun. Lantikan beliau mulai 15 Januari 2001 dan lantikan ini boleh ditamatkan sebelum tempoh yang ditetapkan berdasarkan keperluan & kepentingan universiti.

Setelah En JasniLadin berkhidmat selama 2 tahun, En Hishamuddin bin Ahmad pula telah dilantik sebagai Penyelaras Pusat Sukan yang berkuat kuasa pada 7 November 2001. Walau bagaimanapun En Hishamuddin bin Ahmad telah melepaskan jawatan tersebut pada 16 Oktober 2002 kerana menerima tawaran di Pengajian peringkat kedoktoran di USM.

Pada 16 Oktober 2002, Dr Shahrudin bin Abd Aziz telah dilantik sebagai Penyelaras Pusat Sukan untuk tempoh 2 tahun mulai 01 November 2002 hingga 31 Oktober 2004. Walau bagaimanapun, lantikan Dr Shahrudin bin Abd Aziz  telah ditamatkan pada 15 September 2003 berikutan keputusan MPE Bil. 20/2003 melantik beliau sebagai Timbalan Dekan (Pentadbiran & Pembangunan ) FSKPM.

Selepas itu, Dr Ahmad bin Hashim pula dilantik sebagai Penyelaras Pusat Sukan bagi menggantikan Dr Shahrudin bin Abd Aziz mulai 16 September 2003. Khidmat Dr Ahmad bin Hashim ditamatkan pada 31 Mac 2014 berikutan beliau dilantik sebagai Timbalan Dekan Fakulti Sains Sukan.

Pada 1 April 2004 hingga 31 Mac 2006, En Md. Amin bin Md. Taff telah dilantik sebagai Penyelaras Pusat Sukan, Walau bagaimanapun lantikan beliau ditamatkan pada 31 Mei 2005 kerana Pusat Sukan telah ditukarkan ke Jabatan Canselori.

Pegawai Belia dan Sukan En Ahmad bin HjOmar kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pusat Sukan mulai 01 Jun 2005 hingga 01 Februari 2009 dibawah Jabatan Canselori.

Pada 01 Februari 2009, En Asmadi Bin Ishak dari Fakulti Sains Sukan telah dilantik sebagai Ketua Pusat Sukan, Jabatan Canselori. Kemudian pada 1 Jun 2010, Pusat Sukan telah diletakan semula dibawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. 

Pada 01 Oktober 2010, Dr Md. Amin bin MdTaff telah dilantik sebagai Ketua Pusat Sukan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Pada 31 Mac 2014 Dr Md. Amin bin MdTaff telah melepaskan jawatan sebagai Ketua Pusat Sukan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan pada 01 April 2014 Dr.RuaibahYazani binti Tengah Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan telah dilantik sebagai Pengarah Pusat Sukan untuk tempoh 2 tahun. Status Ketua Pusat Sukan telah ditukarkan kepada Pengarah Pusat Sukan. Seterusnya En MohammadFaeez bin Mohamad Alias, Pegawai Belia dan Sukan dari Pusat Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dilantik sebagai Pengarah Pusat Sukan bermula 01 April 2016 sehingga kini.

BIL NAMA PENGARAH TAHUN BERKHIDMAT
1 En MohamadSuhailyYusri bin Che Ngah 1998-2000
2 En Jasni  bin Ladin 2000 - 2001
3 En Hishamuddin bin Ahmad 2001- 2002
4 Dr Shahrudin bin Abd Aziz 2002-2003
5 Dr Ahmad bin Hashim 2003- 2004
6 En Md. Amin bin Md. Taff 2004 -2005
7 En Ahmad bin HjOmar 2005- 2009
8 En Asmadi bin Ishak 2009-2010
9 Prof Madya Dr Md. Amin bin Md. Taff 2010-2014
10 Dr RuibahYuzani bt Tengah 2014-2016
11 En MohammadFaeez bin Mohamad Alias 2016- sekarang

GALLERY

Kemaskini terakhir 12-03-2017 © Hakcipta 2016 Pusat Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris | Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan resolusi skrin 1920 x 1080